Tuesday, March 10, 2009

FlowChart proses adat perkahwinan.




Lihatlah FlowChart proses adat perkahwinan yang telah kami ciptakan...


Adat Perkahwinan Orang Melayu Singapura

Merisik


Adat ini adalah apabila saudara terdekat seseorang lelakipergi menyelidiki latar belakang si gadis dan memastikan bahawa gadis yang dipilihnya belum ada pasangannya.Ini adalah penting kerana dalam agama kami,kami dilarang menikahi gadis yang sudah berpunya.
Selain itu, saudara si lelaki akan melihat kelakuan dan cara hidup gadis tersebut.Walaubagaimanapun,adat ini jarang dilakukan di dalam zaman moden ini.


Meminang

Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan kedua-dua keluarga yang sebenarnya secara rasmi.
Mereka akan berbincang bersama untuk menetapkan hari dan tarikh
untuk bertunang dan berbincang tentang hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang.








Bertunang

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga atau saudara mara terdekatnya untuk upacara tersebut. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan.



Akad Nikah


Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan dan dipersetujui oleh kedua keluarga lelaki dan perempuan. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.





Berinai


Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat. Berinai curi,Berinai kecil dan Berinai besar.Selepas Berinai Besar, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah.






Perkahwinan


Sebelum majlis perkahwinan,berbagai persiapan akan dijalankan. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam sebelum majlis persandingan bermula.






Itulah adat Perkahwinan Masyarakat Melayu . . .

0 comments: