Sunday, March 22, 2009

Jemputan Istimewa buat anda

Mikael,kami pasti anda telah mempelajari banyak tentang adat perkahwinan orang melayu/islam di sini.

Apa kata kamu hadir
majlis pernikahan kakak pada tanggal 27 Mac 2009 dan majlis persandingannya pada tanggal 29 Mac 2009.Kami pasti kamu dapat belajar lebih apabila kamu hadiri majlis ini.Kamu boleh meminjam baju melayu Muhammad apabila datang nanti.Jangan lupa bawa sumbangan ya.

Sampai jumpa di sana!

Salam dari Kpak Bing Bing

Pembatalan Air Sembahyang



Selepas akad nikah, mempelai lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang.Dia akan menyarong cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di kamarnya yang telah dihias indah.Selepas itu, mereka akan bersalaman.Adat ini dilakukan sebagai tanda bahawa pasangan tersebut telah sah menjadi suami-isteri.

Selain itu,mempelai lelaki akan berikan mas kahwin serta alat solat yang telah dijanjinya.Setelah Pembatalan Air Sembahyang dilangsungkan,pasangan pengantin baru akan bersalaman dengan ibubapa serta ibubapa mertua masing-masing.

Kadang kala,mereka akan menghadiri majlis kenduri selepas digelar suami-isteri.

Pakaian Pengantin






Pada hari yang dinanti-nantikan,mempelai lelaki akan memakai Baju Melayu yang berwarna cerah seakan-akan seorang raja.Dia akan memakai sonkok yang dihiasi dengan labuci dan brooch serta kain songket yang tersisip sebilah keris istiadat yang melambang kepahlawanan Melayu.

Mempelai Wanita pula akan memakai baju pengantin wanita melayu yang selalunya diperbuat dari kain songket serta sanggol di kepala seolah-olah seorang permaisuri diraja.Sungguh cantik dan anggun kelihatannya.

Sebelum Upacara Akad Nikah


Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.Tok imam atau tok kadi juga akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu.

Apabila tibanya mempelai lelaki,dia akan dipersilakan duduk diatas kusyen yang dihias indah di hadapan wali mempelai wanita/tok kadi dan saksi-saksinya.Tok kadi akan membaca khutbah nikah dan menerangkan secara umum hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.

Lafaz Nikah






Tibalah saat yang dinanti-nantikan......

Ijab&Kabul.Tok kadi akan berjabat tangan kanan mempelai lelaki dan membaca lafaz nikah langsung menggoncang tangan mempelai lelaki.Dengan serta-merta,mempelai lelaki harus mengulang lafaz nikahnya dalam satu nafas.Tok kadi akan menanya saksi-saksi jikalau Ijab Kabul tadi sah ataupun tidak.Jikalau saksi-saksi tersebut tidak puas,maka haruslah diulangi.Namun ada juga mempelai lelaki yang gugup untuk mengulang lafaz nikah sehingga mereka harus mengulangnya berkali-kali selepas meminum air jampi yang menenangkan hati mempelai lelaki tersebut.Kejadian seperti ini sering menjadi bahan senda para hadirin yang menyaksikannya.

Contoh Lafaz Nikah seperti Berikut:

mempelai lelaki : Abdul bin Ali
mempelai wanita : Dania bte Daniel


Lafaz Nikah

Tok Kadi: Abdul bin Ali
Mempelai lelaki: Ya,saya.
Tok Kadi: Aku menikahkan dikau Abdul bin Ali dengan (putri saya)Dania bte Daniel dengan

mas kahwinnya senilai 1gram mas dan seperangkat hadiah alat solat.
Goncangan tangan

Mempelai lelaki: Aku menerima nikahnya Dania bte Daniel dengan mas kahwinnya senilai 1gram mas dan seperangkat hadiah alat solat tunai.

Setelah Lafaz Nikah, semua hadirin serta pengantin dan imam akan membaca doa.Kadang kala, Si lelaki akan bersujud syukur.Setelah itu,mereka akan menanda tangan beberapa surat penting untuk menunjukkan bahawa mereka sudah menjadi suami-isteri.

Saturday, March 21, 2009

Maklumat Asas Akad Nikah

Ini adalah beberapa maklumat tentang Akad Nikah yang mungkin anda ingin tahu.

Di Mana ia diadakan:
-rumah mempelai wanita
-Masjid
-Pejabat Pernikahan orang-orang Islam

Bilakah ia dilangsungkan:
-Selalunya diadakan sehari sebelum majlis persandingan

5 Rukun Nikah(mengikut Agama Islam):
-mempelai lelaki
-mempelai wanita
-sekurang-kurangnya 2 saksi
-Wali mempelai wanita(Tok Kadi/imam)
-Ijab&Kabul

Tuesday, March 10, 2009

FlowChart proses adat perkahwinan.




Lihatlah FlowChart proses adat perkahwinan yang telah kami ciptakan...


Adat Perkahwinan Orang Melayu Singapura

Merisik


Adat ini adalah apabila saudara terdekat seseorang lelakipergi menyelidiki latar belakang si gadis dan memastikan bahawa gadis yang dipilihnya belum ada pasangannya.Ini adalah penting kerana dalam agama kami,kami dilarang menikahi gadis yang sudah berpunya.
Selain itu, saudara si lelaki akan melihat kelakuan dan cara hidup gadis tersebut.Walaubagaimanapun,adat ini jarang dilakukan di dalam zaman moden ini.


Meminang

Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan kedua-dua keluarga yang sebenarnya secara rasmi.
Mereka akan berbincang bersama untuk menetapkan hari dan tarikh
untuk bertunang dan berbincang tentang hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang.








Bertunang

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga atau saudara mara terdekatnya untuk upacara tersebut. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan.



Akad Nikah


Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan dan dipersetujui oleh kedua keluarga lelaki dan perempuan. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.





Berinai


Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat. Berinai curi,Berinai kecil dan Berinai besar.Selepas Berinai Besar, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah.






Perkahwinan


Sebelum majlis perkahwinan,berbagai persiapan akan dijalankan. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam sebelum majlis persandingan bermula.






Itulah adat Perkahwinan Masyarakat Melayu . . .